📢🔴KENYATAAN MEDIA❤️

📢🔴KENYATAAN MEDIA❤️


1. Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) memandang serius agenda kumpulan ajaran 'sesat' yang cuba menyelewengkan akidah dan syariat Islam di negara ini.

2. Terbaharu melalui artikel yang disiarkan portal Menara, Zainah Anwar salah seorang pemimpin ajaran sesat Liberalisme Agama mendakwa tidak perlu wali untuk bernikah. Zainah mendesak wanita muslim Malaysia supaya mengenepikan keizinan wali untuk bernikah. Beliau memuatkan tuntutan tersebut di dalam laporan CEDAW NGO Malaysia dan  COMANGO.

3. Lebih parah lagi Zainah mendakwa, 'keizinan wali' untuk bernikah diambil dari zaman jahiliah sebelum Islam. Kenyataan beliau bukan saja biadap, jahil murakkab, malah ianya jelas bercanggah dan memperlekeh syariat Islam yg menetapkan keperluan kepada keizinan Wali melalui dalil2 Al-Quran dan Hadis.

4. Sebelum ini seorang peguam liberal, Siti Kassim juga (salah seorang penggerak ajaran sesat LGBT di negara ini) mendakwa Allah terhasil melalui getaran. Maha Suci Allah dari apa yang Siti Kassim ucapkan.

5. Kedua perbuatan ini jelas melanggar batasan akidah dan menghina syariah Islam. Ia boleh mengakibatkan kedua-dua individu berkenaan menjadi kafir dan terkeluar dari agama Islam. Jika mereka meninggal dunia dalam waktu terdekat mereka akan hilang kelayakan utk dimandi, dikapan, disolat bahkan mayat mereka tidak layak ditanam di perkuburan Islam.

6. Justeru, ASWAJA mendesak pihak KDN-PDRM, JAKIM dan JAWI menangkap dan mendakwa mereka ke muka pengadilan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keresahan awam dan mengganggu ketenteraman umat Islam serta menghina agama.  Hal ini penting supaya akidah dan syariat Islam sentiasa terpelihara dari permainan pemikiran jahat dan hati busuk makhluk perosak agama.

7. ASWAJA bimbang jika individu atau kumpulan sebegini tidak dikenakan tindakan sepatutnya ia bukan saja akan meruntuhkan akidah dan syariat Islam, malah akan menimbulkan provokasi, keganasan persepsi dan mewujudkan tindakan ekstrem dari kumpulan tertentu ke atas mereka. Akhirnya ia menggugat kehidupan harmoni umat Islam di Malaysia. Apa yang lebih ditakuti ialah kemungkinan Malaysia terdedah kepada bala dan kemurkaan Allah SWT apabila kita membiarkan unsur kesesatan bermaharajalela.

8. ASWAJA sentiasa bersikap berlapang dada dan terbuka mencari kebenaran. Tetapi dalam masa yang sama kami bersikap tegas dalam menghadapi golongan yang sesat seperti Syiah, Wahhabi, Liberalisme Agama, Qadyani, Bahai, Evangelis dan seumpamanya.

❤️❤️DEMI AKIDAH KITA DEDAH💪💪💪💪

Presiden ASWAJA
Ustaz Dr Zamihan Mat Zin al Ghari
11Hb JUN 2017

#Silahkan di share semoga bermanfaat..

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "📢🔴KENYATAAN MEDIA❤️"

Post a Comment